Search This Blog

Thursday, 25 August 2011

Hati Bunga-Bunga...

Assalamualikumwarahmatullahhiwabarakatuh....

Dengan penuh kesyukuran & kegembiraan... Saya mengumumkan, SAYA HAPPY HARI INI.

Terima Kasih Allah,
Atas segala kegembiraan yang dikurniakan buat saya.
Terima Kasih Allah,
Atas segala kesedihan yang saya lalui.
Terima Kasih Allah,
Atas segala pengalaman yang diberikan sepanjang 25 tahun saya menumpang di bumi ini.
Terima Kasih Allah,
Kerana menganugerahkan ibu bapa & keluarga yang sangat memahami.
Terima Kasih Allah,
Kerana memberi saya sedikit kekuatan untuk mengharungi setiap ujian & musibah.
Terima Kasih Allah,
Kerana mengurniakan saya senyuman setelah tangisan saya mencurah menyembah bumi.
Terima Kasih Allah,
Kerana menguatkan iman saya sebagai seorang Muslim.
Terima Kasih Allah,
Kerana memberi kesempatan kepada saya untuk melihat mana kaca mana permata.
Terima Kasih Allah,
Kerana memurahkan rezeki saya untuk meneruskan kehidupan.
Terima Kasih Allah,
Atas segalanya... Alhamdullillah... Aku bersyukur ke hadrat mu.

& Sesungguhnya,
Saya masih mengharapkan sinar...
Semoga,
Diampunkan dosa-dosa saya.
Semoga,
Dipanjangkan usia ibu bapa saya.
Semoga,
Dikurniakan rezeki yang murah buat kami sekeluarga.
Semoga,
Dijauhkan dari bala bencana.
Semoga,
Dilindungi setiap perjalanan kami hendaknya.
Semoga,
Dikurniakan iman yang teguh buat semua.
Semoga,
Dipermudahkan jodoh buat saya & dia.
Semoga,
Semua hati memahami kami hendaknya.
Semoga,
Semuanya akan hidup aman bahagia.

InsyaAllah...

LOTS OF LOVE,
Ms Hati Bunga-Bunga 25/08/2011



Tuesday, 23 August 2011

Saya Patah Hati :(

Hye all....

Entry hari ini adalah entry yang beremosi ok... Emosi saya sangat tidak stabil... Dengan penuh kesedihan & sebak didada, saya ingin mengumumkan, saya sudah tenggelam punca, saya hanya harapkan keajaiban dari Allah SWT sahaja saat ini.

Bercinta,
Yer, cinta pertama saya berakhir kira-kira 3 tahun lalu... Itu cinta pertama saya yang ajar saya apa itu cinta & cinta itu juga yang membunuh seluruh jiwa & hati saya. Hampir 5 tahun lamanya hidup disulami bunga-bunga, tiba-tiba Allah SWT nak menguji sejauh mana kekuatan iman saya agaknya, diambilnya cinta pertama saya & diserahkan pada orang lain & saya tidak mampu melawan takdir, ITU JODOH MEREKA... Saya pasrah walaupun sebulan lamanya saya hampir gila, putus asa, meroyan mcm orang tak ada iman... Sebab apa? Sebab dia cinta pertama saya. Akan tetapi, Allah SWT itu tidak kejam, Dia tau saya dah kecewa separuh nyawa, dia gantikan saya dengan yang lebih baik... (AGAKNYA lar kot.....). Saya bertemu dengan cinta kedua saya kira-kira 3 tahun yang lalu lar, sesudah saya pulih dari meroyan yang agak lama. Sungguh saya sangat bahagia hidup bersamanya... Dia hadir dalam hidup saya saat saya betul-betul perlukan sesorang untuk memberi sokongan, saya masih putus asa ketika itu dan ada juga beberapa rakan yang setia meneman saya, memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya, TERIMA KASIH, SEMUA... Ketika saya berjumpa dengan cinta kedua saya, saya di Penang, dia di KL... Kami berjumpa cuma sebulan sekali saja, bila dia dah nak balik, sedih tak terkata, bukan kepalang menangis tak hingat dunia... Sebab sedih nak berpisah, entah umur panjang lagi atau tidak untuk bertemu lagi bulan berikutnya... Ya, Allah Maha Kuasa, 3 tahun dah berlalu, 2 tahun yang membahagiakan, 1 tahun yang tidak dijangka... Allah nak menguji saya lagi. Selepas saya....

Bertunang,
Sesungguhnya bukan mudah untuk bertunang dan menjadi tunangan orang... Sangat susah... Bukannya sedap bawak tittle itu... Benar kata orang tua-tua, bertunang jangan lama-lama, darah manis macam-macam dugaan datang nanti. Yer, saya sedang mengalaminya... Saya akuinya, inilah kali pertama dan kali terakhir saya BERTUNANG, sebab seandainya Allah tetap mahu menguji saya lagi, saya redha, ini takdir saya dan saya tak mungkin akan bertunang mahupun pegang tittle tunangan orang lagi. Saya trauma, saya serik dengan dugaan. Bukan tidak percaya pada Qada' & Qadar, tapi seandainya perpisahan berlaku lagi, saya akan membujang hingga trauma saya hilang... Saya memang surrender sangat-sangat dalam hal cinta nie... Namun saya tak mampu nak nafikan, cinta kedua saya yang bawak segala sinar dalam hidup saya. Bersama dia saya jalan pusing Malaysia, walaupun kami nie tidaklah semewah orang lain, pusing Malaysia pun mampu bawak duit beribu dalam poket, tapi kami tetap gembira walaupun beratus saja yang ada pun. Alhamdullilah, selamat jugak pergi & balik. Dengan cinta kedua juga saya mula berkereta... Kereta kecil warna silver, Alhamdullilah walaupun kecil tetap mampu bawa saya ke sana sini, balik kampung, pegi keje, pegi beli makanan, pegi melepak kat workshop, pegi jumpa doc, pegi beli barang kt Mydin, pegi ambil mama kat hospital, semuanya kereta kecil itu lar yang bawa. Terima kasih tak terhingga, VIVA FOREVER...

Akan tetapi,
Walaupun saya sangat putus asa dengan hubungan saya, hari-hari saya bertanya, kenapa kami diuji begini, saya masih menaruh harapan semoga semuanya selamat & baik-baik saja. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak orang yang bertunang, darah manis, angin cepat naik, benda kecik jadi besar, benda besar berganda-ganda lar besar, hidup main perang-perang, orang tu serang orang nie, orang nie serang orang tu, orang ni hantar bom bagi orang tu meletup, pastu orang tu pulak hantar bom bagi orang nie meletup. Tapi itulah hakikat yang orang bertunang kena terima, tak semuanya berjaya melalui alam pertunangan itu. & saya berdoa saya berjaya melaluinya dengan tabah sebab saya sayangkan dia lebih dari segala yang saya ada...

LOTS OF LOVE,
Gadis Patah Hati... 23/08/2011

Wednesday, 15 June 2011

3rd Anniversary.... OOOOOOyeaaahhhh...

OOOOOOOyeaaahhhh.... Assalamualaikum... :)

Sudah lama kiranya saya tidak lagi menulis disini memandangkan saya selalu stress... (hape yg aq stress sgt pn aq x tau... belum ada anak lg nieh, dah ada anak ape citer pn x tau lar...).

Walaupun dah terlepas hari....
Saya masih nak wish HAPPY 3rd YEAR ANNIVERSARY to my beloved fiancee Ady b Adnan... Sesungguhnya bertunang itu bukan sesuatu yang menggembirakan bagi orang yang x mampu tahan perasaan & iman... Tersangatlah adventure melalui alam "PERTUNANGAN" itu... Sungguh meletihkan, ada2 aje yang x kena, tapi bak kata orang bertunang itu proses mengenali hati budi sesama insan. Walaupun kadang2 mood saya boleh berubah dalam masa 1 saat, tunang tersayang tetap sabar... & saya masih ingat dia mengutuk saya tadi... "eleh, dia merajuk mengadu kat mak orang plak tu... x malu..." & dengan nada selamba saya menjawab "eleh, biar lar... suka hati lar...". Orang bertunang kita pun nak bertunang... Orang nak kawin, kita pun nak kawin... Orang nak anak, kita angkat bendera putih sebab kita x nak lagi... kita masih muda remaja...(remaja kah???). & dia segalanya bagi saya...

P/S : kami adalah manusia yang sangat kurang bergambar, jadi adalah sukar untuk saya attach gambar kami berdua seperti insan2 yang lain bercinta.


Saturday, 7 May 2011

HAPPY MOTHER'S DAY & HAPPY BIRTHDAY

Hye all,

Selamat pagi, good morning... (sama aje maksudnya...),

Di pagi hari yang indah ini, hati saya sungguh syahdu sebab esok adalah MOTHER'S DAY merangkap BIRTHDAY untuk bakal ibu mertua saya...

Pertama sekali,
Nak saya meng"impress"kan rasa sayang saya pada MAMA saya, PN SALMIAH BT DAUD. Saya sayang dia lebih dari segala yang saya ada. Dulu masa saya muda remaja, macam-macam jenis perangai saya buat sampai naik pening kepala dia & sekarang setelah saya makin menginjak usia baru saya memahami apa maksudnya pengorbanan seorang IBU (even i'm not yet a mother...) :). Tak ternilai dengan kata-kata. Penat lelah dia melahirkan saya, membesarkan saya, cari duit siang malam nak bagi makan saya (sebab saya tak keluar dari perut bumi & terus besar...) & saya adalah manusia PALING TAK GUNA kalau tak dapat membalas walaupun sedikit jasa dia yang tak mungkin saya mampu balas hingga akhir hayat. Kalau cerita tentang pengorbanan. teringat saya pada ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah semalam (saya dengar di Suria.FM), menurut katanya, walaupun ibu bapa kita seorang jutawan & kita ibarat menjalani kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hulurlah sedikit wang tanda kita menghargai pengorbanan mereka, BUKAN WANG YANG JADI UKURAN, tetapi tanda ingatan pada pengorbanan mereka. Curahan kasih sayang sangat penting, ibubapa hanya mengharapkan kasih sayang dari anak-anak, entah esok, entah lusa, mereka akan tinggalkan kita sebab mereka "TIDAK MENONGKAT LANGIT". Lepas tu sampai pula time kita, kita pula akan mengambil tempat mereka, menjadi ibubapa, mempunyai anak-anak yang dah mempunyai keluarga & kehidupan sendiri & kita akan nikmati kehidupan yang indah di hari tua kita sekiranya kita memberi kehidupan yang indah di hari tua ibubapa kita. Saya sangat percaya pada Qada' & Qadar dari Allah Taala. Setiap perbuatan ada balasan, baik kita buat maka baiklah balasan kita, buruk kita buat, maka buruklah balasannya. Tepuk dada tanya selera. Hidup hanya sementara, ketika masih ada, sayangilah mereka sepenuh hati kita, bila dah tiada, titipkanlah doa buat mereka dalam doa kita (jangan pegi teriak kat kubur mereka yer...) :) Setiap apa yang berlaku diatas muka bumi Allah Taala ini adalah dengan izin dari-NYA & Allah Taala menyayangi semua umat-NYA dengan memberi rezeki & kemakmuran hidup, jadi berkongsilah sesama insan tak kira keluarga mahupun orang yang memerlukan (setiap kali tengok rancangan BERSAMAMU, setiap kali itulah saya akan teriak sebab sedih sangaT tengok kehidupan mereka, saya bersyukur kehidupan saya sempurna, ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH...). Sayangilah ibubapa anda selagi hayat masih ada, bila dah tiada jangan dikesali apa yang tak sempat kita korbankan. Saya melihat pada permasalahan dalam keluarga & lebih senang nak faham konflik dalam keluarga, pada saya kehidupan ini mudah kalau kita pentingkan kebajikan ibubapa & tanggungjawab seorang anak pada ibubapanya. Tiada istilah ego pada ibubapa, tiada istilah ibubapa itu salah & tiada istilah ibubapa kena sujud pada anak-anak, kita manusia & memegang status anak, serahkan saja semuanya pada Allah Taala untuk menilai & menghukum. Bukan kerja kita nak menilai & menghukum orang lain lebih-lebih lagi ibubapa. Allah Taala saja yang LAYAK. Tolak ketepi semua perasaan demi kasih & sayang pada ibubapa, INSYAALLAH ada balasan baik buat kita, kalau tak diberi masa muda, ia bakal dinikmati di hari tua... WALLAHUALAM.

Saya titipkan doa buat kedua ibubapa, moga kita beroleh ganjaran dari-NYA...

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... (CREDIT TO : HALAQAH.NET)

Bismillah hirrahman nirrahim
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."

& peringkat seterusnya adalah,
HAPPY MOTHER'S DAY & HAPPY BIRTHDAY buat PN LAHSIAH BT KASSAN. Bakal IBU MERTUA ku... Saya sangat kagum melihat pengorbanan mak mentua saya ni. Tunang saya dilahirkan dalam keluarga yang besar, dia mempunyai 13 orang adik beradik, tapi ibubapanya mampu membesarkan mereka semua 13 beradik. Mereka bukanlah dari keluarga yang berada, tapi 1 yang sangat-sangat saya kagum, mereka tak pernah tolak ke tepi Qada' & Qadar Allah Taala. Mereka percaya akan ada rezeki untuk setiap anak-anak itu & kehidupan mereka sempurna juga walaupun bukanlah kaya raya. Tapi mereka tetap bersyukur saya tengok. Bertuah ibubapanya kerana mereka mempunyai anak-anak yang sangat menyayangi mereka, selalu balik menjenguk mereka, ambil berat tentang kebajikan mereka, keperluan mereka & bukan selected anak aje macam tu, tapi sesungguhnya SEMUA 13 BERADIK itu sangat sayangkan ibubapa mereka & berkorban apa saja untuk mereka. Sebut apa saja, mesti ramai yang hulurkan tangan membantu. Bahagianya kehidupan ibubapanya. & saya mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa mertua saya. Sesungguhnya setelah hampir 3 tahun mengenali keluarga mertua saya, saya kagum, mereka berjaya mendidik anak-anak mereka & anak-anak mereka juga akan menikmati kehidupan yang indah di hari tua nanti, INSYAALLAH...

Lots of love,
Miss yang sayang sangat kat MAMA & MAK 07/05/2011

Thursday, 7 April 2011

The Only Obsession Of

Hye :)

Sudah agak lama tidak menaip disini... & sekarang terasa seperti ingin meluahkan sesuatu tentang kegilaan terbaru saya. Saya seorang gadis yang sudah pun berumur 25tahun, tapi baru sekarang saya kenal apa itu barang MEKAP (perempuan aje tapi barang mekap pun tak kenal)...

Sejak akhir-akhir ini saya begitu obses pada MAKE-UP KIT. Saya sering meng"INTERNET"kan diri saya untuk mencari apa yang saya obseskan iaitu : MAKE-UP KIT. Banyak perkara baru yang saya pelajari & saya sangat bahagia mengetahui segalanya tentang kecantikan. Satu ketika dahulu saya seorang yang langsung tak kisah cantik @ tak, tiba-tiba sekarang menjadi seorang yang terlalu ingin tahu tentang barang mekap. Apa saja yang berkaitan dengan kecantikan, tak kira lar untuk muka ker, badan ker, rambut ker even sampai ketiak punya produk pun saya nak ambil tau (pulun sungguh aq nie... :P) Saya pegi kursus mekap semata-mata nak belajar macam mana nak tempek eyeliner & blusher. Sebelum ni pernah try apply ke muka saya, tapi ke "laut" lar jawabnya. Hinggalah saya attend kursus mekap itu, baru lah kini saya berani nak tempek walaupun "belemuaih" (bak kata orang utara yang membawa maksud selekeh aje... hikhikhik) memandangkan saya baru belajar. Tapi tak pernah putus asa. Eyeliner saya aje ada 3 jenis, pencil, liquid & gel, punya lar saya nak belajar pakai mana yang paling mudah, walaupun masih dalam proses mengenali & menserasikan diri dengan eyeliner tu, saya tetap bahagia dgn kegilaan baru saya ini.

Dalam pada itu, obses saya terhadap kecantikan ini terarah pada penggayaan rambut. Saya selalu berangan "KALAU LAR TANGAN SAYA CUKUP ART UNTUK MENGGAYAKAN RAMBUT ORANG", dah tentu saya akan buka salun rambut... (wahhhhhh, cita-cita tinggi ko...). Saya begitu obses pada kecantikan itu hingga saya tak pernah jemu untuk mengetahui segala tentangnya...

& saya sertakan beberapa potongan hadith tentang kecantikan dalam Islam. Mudah-mudahan terpelihara kecantikan yang dikurniakan buat kita dengan sempurna. Yang indah itu datang dari Yang Maha Esa.

Kecantikan hakiki Muslimah akan benar-benar  cantik dan indah luar dalam kerana sesuai dengan keinginan Yang Maha Indah, sesuai dengan penegasan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Maha Indah dan menyukai keindahan.”

Allah juga berfirman:
“Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan gembira ria, dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka.” (‘Abasa:38-42)

 
Dalam hadits Rasulullah saw bersabda :
“Rombongan pertama yang masuk syurga wajah mereka bagaikan bulan purnama. Rombongan berikutnya bagaikan bintang dilangit yang paling terang cahanyanya.”(HR. Al-Bukhori, Muslim, At-Tirmidzi)

 
Lots of love,
MS GILA MEKAP 07/04/2011 :)

Tuesday, 29 March 2011

The New Revolution of Me

Morning all,

Sesungguhnya pulang ke kampung halaman adalah sesuatu yang mengasyikkan walaupun boleh bantai tido sepangjang jalan mahu pulang. Bila dah sampai buat-buat tanya kat Ady Adnan, "Lar, nape tak gerak bb bangun sambung drive?". Selalulnya itu lah yang berlaku tapi baru-baru ini, saya yang drive, sampai di Bukit Merah rasanya baru saya tukar memandangkan saya dah tak dapat mengawal mengantuk yang kronik.

Sekembalinya saya ke sana, perkara pertama yang sering bermain di ruang fikiran saya adalah mencari kedai rambut yang menjadi pilihan hati, dipanggil "Kedai Aunty ......". Sesungguhnya Aunty ini sangat memahami & tak pandai-pandai hancurkan rambut orang. Perkara paling menyakitkan hati kalau kita pegi kedai rambut, minta buat "pesen" lain, dia pegi buat "pesen" lain, dah lar buat salah, charge pulak ya ampun, mahal "gilers", lalu mulalah kita rasa nak tikam dia kan. Tapi saya sejenis makhluk yang begitu cepat rambut itu tumbuh panjang, jadi saya sikit pun tak heran kalau rambut saya pendek bagai lelaki hingga nampak seperti seorang "tomboy". "Pesen" rambut saya kali ini diilhamkan dari seorang artis yang saya rasakan begitu berani sebab cuting rambut ni flat terus (jangan buat kalau tak berani buat, sebab orang rajin & akan usha pelik...). Rambut terbaru saya "ropa" rambut artis itu lar (kalau nak tau siapa kena rajin baca paper) :) Sungguh gembira berambut begini kerana x perlu jaga teruk-teruk, tak perlu pikir banyak-banyak "pesen" rambut & paling saya suka, kepala saya ringan.

Akan tetapi, tunang saya sudah menjeling bila saya kata saya nak buat "pesen" nie memandangkan dah hampir setahun lebih saya tidak lagi berambut panjang. Once upon a time, that time he fall in love with me, part of it was becoz of my long hair. & sekarang dia menuntut saya berambut panjang kembali. Maaflah sayang, saya dah mencuba untuk simpan panjang macam mana yang kamu rindu-rindukan tetapi apabila rambut saya panjang ckit aje, mula lar saya rasa nk pukul orang sebab saya rimas yang amat sangat. Bak kata mama saya "hang ni kakya, esok-esok jadi mak njang lar, rambut tak pernah panjang dari muda sampai ke tua...". Sesungguhnya saya juga setuju dengan pandangan mama itu :P Memang betul saya selesa berambut pendek. Rambut tak susah nak jaga, maintenance pun tak tinggi, kalau dah berambut panjang nak pikir beli sepit lar, getah rambut lar, itu lar, ini lar, rambut pendek senang, duit tak abis.... kihkihkih...

Kepada mama-ku : memang betul sangat kata-kata mama... I LOVE U, MAMA...
Kepada tunang-ku : kita test tahun depan tengok, kot-kot boleh simpan panjang... :)

Saya attachkan gambaran saya sebelum & selepas :)
               
                                BEFORE : hampeh gile, cuting terbabas ni....


AFTER : CANTIK SIKIT SAYA RASAKAN (tahap perasan tinggi...)



LOTS OF LOVE,
MS CANTIK HARI INI 29/03/2011 :)

Thursday, 24 March 2011

How to apply winged gel eyeliner???



How to apply gel eyeliner? I'm currently really mad on the eyeliner. I don't know why but I'm really crazy on the eyeliner. I tried to use the pencil eyeliner & liquid eyeliner before but the result was so funny & I hope this gel eyeliner technique will make me smile. :) This technique was one of the best & simple technique, so I would like to share it with all.

Wednesday, 23 March 2011

Make-up Tragedy

Hye all. Good morning.... :) Harap-harap sumuanya ok-ok aje, happy-happy aje.

Semalam,
1 kejadian yang sememangnya tak best & tak sepatutnya berlaku keatas saya mahupun tunang saya. Boleh pulak orang tu nk reverse tanpa melihat cermin belakang, sesungguhnya kami yang berada di belakang tak sempat nk bergerak, apa lagi, sedap lar dia cium bontot kete chenta hati saya itu. Dalam keadaan penuh 'tensen', tunang saya keluar bertanya si pelanggar itu, "macam mana u bawak kereta? u reverse tak tengok belakang ker?". lalu si pelanggar menjawab, "sorry lar abg, saya tak nampak u punya kereta." Tunang bertanya lg, "sekarang apa macam mau buat?". Si pelanggar jawab, "takpe abg, saya repair". Mula-mula si pelanggar kata sikit aje ni, bole touch up. Lalu saya berkata, "hei, ini sudah kemek, lagi bumper pun dah calar, mana boleh tauch up, bumper tu i tak kisah, tapi body dah kemek, i tak mau touch up, i mau u buat balik." (wahhhhh, garang haku semalam sebab haku dah 'tensen' tengok muka tunang haku 'tensen' jugak). Lalu dari hasil perbincangan, si pelanggar bersetuju untuk buat kereta tunang saya.

Garis panduan apabila dilanggar & si pelanggar minta untuk settle esok @ sekadar nak bagi no hp & suruh kita call dia esok (jangan simply percaya orang) mengikut kata adik saya yang berpengelaman dalam bidang ini adalah :-

* Pastikan kita ada no kereta @ motor @ sebagainya si pelanggar itu.
* Pergi tanya si pelanggar dia nak repair @ claim insurance @ nak report?
  (pastu 2-2 kena saman, itu memang confirm)
* Kalau si pelanggar tinggalkan name card @ no hp saja & minta settle esok (biasanya kalau kemalangan itu berlaku pada malam hari & kedai-kedai berkaitan dah tutup), pastikan ambil IC photostat si pelanggar @ kalau takde kedai photostat, minta IC & simpan no IC dia, jadi kalau dia lari, kita report (bak kata pelakon "HANTU KAK LIMAH" - Kita bakor aje... :p)

Jadi, kesimpulannya sila pastikan anda berpuas hati dengan hasil perbincangan itu sebelum beredar. Terima Kasih.

Saya sebenarnya nak 'cerite' pasal kegilaan baru saya... Itu al-kisah sebenarnya. Last week saya pergi kursus make-up (wahhhhh gitu, pulun sungguh haku ni...). Entah ape kes pun tak tau lar, sejak akhir-akhir ni saya 'gemor benor' ke barang make-up ni. Dulu saya yang langsung tak heran penampilan lawa ker, tak ker, tiba-tiba sekarang jadi seorang yang sangat fanatik kepada barang make-up, adakah ini dinamakan "KEJUTAN BUDAYA"? oooooohhh, tidak. Ini adalah tanggungjawab, kita perlu berhias & mencantikkan diri, supaya yang dah bersuami, suami dia tak cari lain, yang dah bertunang, tunang dia tak ushhhaa yang lain, yang dah mempunyai kekasih, kekasihnya tak mau yang lain & yang masih belum berpunya, terus ada yang lekat memandangkan terlalu jelita sebab suka berhias (benarkah itu?). Dulu pada mata hati saya dulu, make-up itu tak perlu langsung, sebab tu saya jadi 'rope' itu dulu, sekarang saya rasa make-up itu perlu, walaupun hanya make-up yang tipis, tempek aje apa yang ada, boh eyeliner (walaupun saya sendiri baru dok belajar boh eyeliner dengan sempurna), tempek blusher, tempek lipstik, pakai bedak lebih kurang, dah siap. Supaya muka kita nampak 'kaler-kaler' sikit. Jadi suami, tunang, kekasih mahupun bakal kekasih tak bosan melihat kita yang hitam putih sentiasa (macam zaman jepun daaaaa...), dia akan lihat kita dengan warna lalu hatinya juga akan penuh dengan warna & hubungan juga akan penuh dengan warna. Jadi kita akan dilihat ber'kaler-kaler'. Life was full with color. So color your face please... :) (ada kaitankah?)

& ribuan terima kasih diucapakan kepada tunang tersayang kerana sangat memahami 'kegilaan' baru saya, dia sangat supportive sebab dia selalu kata "xpe, bb nak beli, bb beli, abg ok aje...". Sampai tertido dia punya menunggu saya yang tak berapa art ini meng'kaler' muka saya. I LOVE U, ADY ADNAN.

Lots of love,
MS ADY ADNAN 23/03/2011 :)


Monday, 14 March 2011

Cerita tentang PERKAHWINAN

Sesungguhnya saya mempunyai masa terluang yang cukup banyak hari ni, memandangkan boss saya sedang hangat bercinta, jadi dia masuk opis pun kejap-kejap aje, lepas tu dia keluar, tak balik opis lagi dah. Itulah yang berlaku sejak kekasih terchenta sampai ke MALAYSIA (tak abis lagi haku bangga dengan MALAYSIA...). Kekasih terchenta diimport jauh dari China, sebab tu tak boleh duduk opis lama-lama. Bila agaknya dia nak kawin lagi kan? Lupakan pasal bila boss nak kawin.

Saya nak cerite tentang perkahwinan adik kepada tunang saya terlebih dahulu. Dilangsungkan di Segamat, Johor last week. Paling saya suka tentang perkahwinan negeri Johor adalah kompang-nya... Gilos superb kompang dorg. Tidak hanya sekadar memalu kompang malah mereka siap ada drum, gendang yang besar & macam-macam lagi lar rasanya hingga kumpulan kompang mereka tu dah macam band ooooo... Ala-ala band sekolah yang penuh dengan kemeriahan, bukan Wali Band ok... :) Baru lar rasa syok-nya kawin hari tu (bagi pengantin yer, yang bukan pengantin amik aura dah lar). Kompang selatan adalah kompang terbaik yang pernah saya dengar (boleh meleleh airmata babe kalau terlebih hayati...). Perkara yang paling interesting berlaku pada majlis itu adalah sesi langkah bendul, sesungguhnya adik kawin dulu, abang-nya tak kawin lagi. Glam seketika abang-nya apabila ramai orang ingin tahu siapa abang-nya & kenapa tak kawin lagi walaupun umur da mencecah 30 thn (Sila jawab En Ady b Adnan...). & saya sebagai penyelamat (ala-ala Powerpuff Girl) menyelamatkan keadaan lar kononnya sebab saya adalah tunang abang-nya.

                                                  Ini pengantin perempuan-nya
Bersama ibu-nya

Nikah time

Sah & confirm dah... :)

Abah-nya baca surat hand-over
Mak-nya pun sedang baca surat hand-over, mak-nya nangis, kalo mama aq, mau teriak tak hingat jgk... :)

This time mereka panggil majlis "BERINAI"
Yang dilangkah bendul-nya memberi restu :)
Mereka sedang berposing
Ini mama & abah saya :)
Ni sesi "TOLL" mereka panggil
& inilah kami yang masih dok relax tak kawin lagi :)

Saya mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah... :)

Lots of love,
INTAN ZAZALINA BT AB RASID 14/03/2011 :)

Wednesday, 9 March 2011

Skim Rumah Pertama

Tadi ketika saya on the way ke opis, saya layan Hot.FM, isu yang diutarakan adalah Rumahku adalah .... (sila sambung sendiri...). Isu yang diutarakan adalah berkaitan dengan skim yang ditawarkan oleh kerajaan bagi golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah, berpendapatan RM3,000.00 kebawah & ingin memiliki rumah yang pertama. Kira-kira 25 buah bank tempatan menawarkan pinjaman 100% kepada golongan muda seperti saya untuk membeli rumah berharga diantara RM100,000.00 - RM220,00.00. Deposit sebanyak 10% yang biasanya diperlukan untuk membuat sebarang pinjaman tidak perlu dibayar & digantikan dengan jaminan dari kerajaan. Wahhhh... ini sudah bagus, kurang-kurang tak lar kita golongan muda, tambah lagi yang jauh diperantauan juga seperti saya ni memberi bantuan kepada tuan rumah menyelesaikan hutang rumah mereka - (ringkasan ayat : tak payah sewa rumah orang, bayar aje rumah sendiri... Tuan rumah saya sendiri pn bukan main banyak bunyi setiap awal bulan, ada-ada jer dia nk bercakap) melalui skim ni. Bagi lelaki yang masih belum mendirikan masjid, skim ini adalah sesuatu yang baik untuk mereka memandangkan memang tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan makan, pakai & tempat tinggal kepada keluarga. Untuk mengetahui perkembangan lanjut sila search "Skim Rumah Pertamaku" di internet yer. Mudah-mudahan makin ramai golongan muda mampu memiliki aset sendiri, bangga oooo ada aset sendiri :)

Lots of love,
INTAN ZAZALINA BT AB RASID 09/03/2011

Tuesday, 8 March 2011

Just starting to be a blogger :)

Hi there,

Nama penuh Intan Zazalina bt Ab Rasid, dilahirkan di Pulau Pinang pada 13/12/1986, kira-kira da berumur 25 tahun lar sekarang. Merupakan anak ke-4 kepada pasangan En Ab Rasid b Hashim & Pn Salmiah bt Daud - (they're such a lovely parents actully). Dibesarkan hampir di merata ceruk Malaysia memandangkan abah saya seorang tentera dahulu kala, kini pabila sudah pencen, mereka kembali menetap di kg halaman yang saya agak kurang pasti kg siapakah itu? hingga kini masih belum pasti & biarkan ajelah benda itu menjadi tak pasti. :) Untuk pengetahuan umum, saya seorang yg gemar bercakap hinggakan ramai memberi pandangan sepatutnya saya menjadi seorg lawyer bukan account executive seperti sekarang memandangkan saya seorang yang terlebih peramah tapi pada manusia yang selected aje, saya tak sebegitu pada semua orang. Saya juga seorang yg gemar berfikir, hingga kadang-kadang tak boleh nk fikir lagi dah, ntah apa lar yang saya fikir sangat pun tak tau lar. Telah bertunang dengan pilihan hati saya, Ady b Adnan, merupakan insan dari selatan tanahair - (utara-selatan ko, jgn main2, nk balik kg setiap kali raya memang meleleh lar airmata, tp tetap bahagia) pd 06/11/2010 bersamaan hari Deepavali that day i remember :) banyak-banyak hari, hari Deepavali jugak menjadi pilihan hati. & kami masih berusaha untuk bersatu & menunaikan hajat kedua belah pihak keluarga.

Sekian dahulu entry pertama saya.

Lots of love,
INTAN ZAZALINA BT AB RASID 08/03/2011