Search This Blog

Tuesday, 29 March 2011

The New Revolution of Me

Morning all,

Sesungguhnya pulang ke kampung halaman adalah sesuatu yang mengasyikkan walaupun boleh bantai tido sepangjang jalan mahu pulang. Bila dah sampai buat-buat tanya kat Ady Adnan, "Lar, nape tak gerak bb bangun sambung drive?". Selalulnya itu lah yang berlaku tapi baru-baru ini, saya yang drive, sampai di Bukit Merah rasanya baru saya tukar memandangkan saya dah tak dapat mengawal mengantuk yang kronik.

Sekembalinya saya ke sana, perkara pertama yang sering bermain di ruang fikiran saya adalah mencari kedai rambut yang menjadi pilihan hati, dipanggil "Kedai Aunty ......". Sesungguhnya Aunty ini sangat memahami & tak pandai-pandai hancurkan rambut orang. Perkara paling menyakitkan hati kalau kita pegi kedai rambut, minta buat "pesen" lain, dia pegi buat "pesen" lain, dah lar buat salah, charge pulak ya ampun, mahal "gilers", lalu mulalah kita rasa nak tikam dia kan. Tapi saya sejenis makhluk yang begitu cepat rambut itu tumbuh panjang, jadi saya sikit pun tak heran kalau rambut saya pendek bagai lelaki hingga nampak seperti seorang "tomboy". "Pesen" rambut saya kali ini diilhamkan dari seorang artis yang saya rasakan begitu berani sebab cuting rambut ni flat terus (jangan buat kalau tak berani buat, sebab orang rajin & akan usha pelik...). Rambut terbaru saya "ropa" rambut artis itu lar (kalau nak tau siapa kena rajin baca paper) :) Sungguh gembira berambut begini kerana x perlu jaga teruk-teruk, tak perlu pikir banyak-banyak "pesen" rambut & paling saya suka, kepala saya ringan.

Akan tetapi, tunang saya sudah menjeling bila saya kata saya nak buat "pesen" nie memandangkan dah hampir setahun lebih saya tidak lagi berambut panjang. Once upon a time, that time he fall in love with me, part of it was becoz of my long hair. & sekarang dia menuntut saya berambut panjang kembali. Maaflah sayang, saya dah mencuba untuk simpan panjang macam mana yang kamu rindu-rindukan tetapi apabila rambut saya panjang ckit aje, mula lar saya rasa nk pukul orang sebab saya rimas yang amat sangat. Bak kata mama saya "hang ni kakya, esok-esok jadi mak njang lar, rambut tak pernah panjang dari muda sampai ke tua...". Sesungguhnya saya juga setuju dengan pandangan mama itu :P Memang betul saya selesa berambut pendek. Rambut tak susah nak jaga, maintenance pun tak tinggi, kalau dah berambut panjang nak pikir beli sepit lar, getah rambut lar, itu lar, ini lar, rambut pendek senang, duit tak abis.... kihkihkih...

Kepada mama-ku : memang betul sangat kata-kata mama... I LOVE U, MAMA...
Kepada tunang-ku : kita test tahun depan tengok, kot-kot boleh simpan panjang... :)

Saya attachkan gambaran saya sebelum & selepas :)
               
                                BEFORE : hampeh gile, cuting terbabas ni....


AFTER : CANTIK SIKIT SAYA RASAKAN (tahap perasan tinggi...)



LOTS OF LOVE,
MS CANTIK HARI INI 29/03/2011 :)

Thursday, 24 March 2011

How to apply winged gel eyeliner???



How to apply gel eyeliner? I'm currently really mad on the eyeliner. I don't know why but I'm really crazy on the eyeliner. I tried to use the pencil eyeliner & liquid eyeliner before but the result was so funny & I hope this gel eyeliner technique will make me smile. :) This technique was one of the best & simple technique, so I would like to share it with all.

Wednesday, 23 March 2011

Make-up Tragedy

Hye all. Good morning.... :) Harap-harap sumuanya ok-ok aje, happy-happy aje.

Semalam,
1 kejadian yang sememangnya tak best & tak sepatutnya berlaku keatas saya mahupun tunang saya. Boleh pulak orang tu nk reverse tanpa melihat cermin belakang, sesungguhnya kami yang berada di belakang tak sempat nk bergerak, apa lagi, sedap lar dia cium bontot kete chenta hati saya itu. Dalam keadaan penuh 'tensen', tunang saya keluar bertanya si pelanggar itu, "macam mana u bawak kereta? u reverse tak tengok belakang ker?". lalu si pelanggar menjawab, "sorry lar abg, saya tak nampak u punya kereta." Tunang bertanya lg, "sekarang apa macam mau buat?". Si pelanggar jawab, "takpe abg, saya repair". Mula-mula si pelanggar kata sikit aje ni, bole touch up. Lalu saya berkata, "hei, ini sudah kemek, lagi bumper pun dah calar, mana boleh tauch up, bumper tu i tak kisah, tapi body dah kemek, i tak mau touch up, i mau u buat balik." (wahhhhh, garang haku semalam sebab haku dah 'tensen' tengok muka tunang haku 'tensen' jugak). Lalu dari hasil perbincangan, si pelanggar bersetuju untuk buat kereta tunang saya.

Garis panduan apabila dilanggar & si pelanggar minta untuk settle esok @ sekadar nak bagi no hp & suruh kita call dia esok (jangan simply percaya orang) mengikut kata adik saya yang berpengelaman dalam bidang ini adalah :-

* Pastikan kita ada no kereta @ motor @ sebagainya si pelanggar itu.
* Pergi tanya si pelanggar dia nak repair @ claim insurance @ nak report?
  (pastu 2-2 kena saman, itu memang confirm)
* Kalau si pelanggar tinggalkan name card @ no hp saja & minta settle esok (biasanya kalau kemalangan itu berlaku pada malam hari & kedai-kedai berkaitan dah tutup), pastikan ambil IC photostat si pelanggar @ kalau takde kedai photostat, minta IC & simpan no IC dia, jadi kalau dia lari, kita report (bak kata pelakon "HANTU KAK LIMAH" - Kita bakor aje... :p)

Jadi, kesimpulannya sila pastikan anda berpuas hati dengan hasil perbincangan itu sebelum beredar. Terima Kasih.

Saya sebenarnya nak 'cerite' pasal kegilaan baru saya... Itu al-kisah sebenarnya. Last week saya pergi kursus make-up (wahhhhh gitu, pulun sungguh haku ni...). Entah ape kes pun tak tau lar, sejak akhir-akhir ni saya 'gemor benor' ke barang make-up ni. Dulu saya yang langsung tak heran penampilan lawa ker, tak ker, tiba-tiba sekarang jadi seorang yang sangat fanatik kepada barang make-up, adakah ini dinamakan "KEJUTAN BUDAYA"? oooooohhh, tidak. Ini adalah tanggungjawab, kita perlu berhias & mencantikkan diri, supaya yang dah bersuami, suami dia tak cari lain, yang dah bertunang, tunang dia tak ushhhaa yang lain, yang dah mempunyai kekasih, kekasihnya tak mau yang lain & yang masih belum berpunya, terus ada yang lekat memandangkan terlalu jelita sebab suka berhias (benarkah itu?). Dulu pada mata hati saya dulu, make-up itu tak perlu langsung, sebab tu saya jadi 'rope' itu dulu, sekarang saya rasa make-up itu perlu, walaupun hanya make-up yang tipis, tempek aje apa yang ada, boh eyeliner (walaupun saya sendiri baru dok belajar boh eyeliner dengan sempurna), tempek blusher, tempek lipstik, pakai bedak lebih kurang, dah siap. Supaya muka kita nampak 'kaler-kaler' sikit. Jadi suami, tunang, kekasih mahupun bakal kekasih tak bosan melihat kita yang hitam putih sentiasa (macam zaman jepun daaaaa...), dia akan lihat kita dengan warna lalu hatinya juga akan penuh dengan warna & hubungan juga akan penuh dengan warna. Jadi kita akan dilihat ber'kaler-kaler'. Life was full with color. So color your face please... :) (ada kaitankah?)

& ribuan terima kasih diucapakan kepada tunang tersayang kerana sangat memahami 'kegilaan' baru saya, dia sangat supportive sebab dia selalu kata "xpe, bb nak beli, bb beli, abg ok aje...". Sampai tertido dia punya menunggu saya yang tak berapa art ini meng'kaler' muka saya. I LOVE U, ADY ADNAN.

Lots of love,
MS ADY ADNAN 23/03/2011 :)


Monday, 14 March 2011

Cerita tentang PERKAHWINAN

Sesungguhnya saya mempunyai masa terluang yang cukup banyak hari ni, memandangkan boss saya sedang hangat bercinta, jadi dia masuk opis pun kejap-kejap aje, lepas tu dia keluar, tak balik opis lagi dah. Itulah yang berlaku sejak kekasih terchenta sampai ke MALAYSIA (tak abis lagi haku bangga dengan MALAYSIA...). Kekasih terchenta diimport jauh dari China, sebab tu tak boleh duduk opis lama-lama. Bila agaknya dia nak kawin lagi kan? Lupakan pasal bila boss nak kawin.

Saya nak cerite tentang perkahwinan adik kepada tunang saya terlebih dahulu. Dilangsungkan di Segamat, Johor last week. Paling saya suka tentang perkahwinan negeri Johor adalah kompang-nya... Gilos superb kompang dorg. Tidak hanya sekadar memalu kompang malah mereka siap ada drum, gendang yang besar & macam-macam lagi lar rasanya hingga kumpulan kompang mereka tu dah macam band ooooo... Ala-ala band sekolah yang penuh dengan kemeriahan, bukan Wali Band ok... :) Baru lar rasa syok-nya kawin hari tu (bagi pengantin yer, yang bukan pengantin amik aura dah lar). Kompang selatan adalah kompang terbaik yang pernah saya dengar (boleh meleleh airmata babe kalau terlebih hayati...). Perkara yang paling interesting berlaku pada majlis itu adalah sesi langkah bendul, sesungguhnya adik kawin dulu, abang-nya tak kawin lagi. Glam seketika abang-nya apabila ramai orang ingin tahu siapa abang-nya & kenapa tak kawin lagi walaupun umur da mencecah 30 thn (Sila jawab En Ady b Adnan...). & saya sebagai penyelamat (ala-ala Powerpuff Girl) menyelamatkan keadaan lar kononnya sebab saya adalah tunang abang-nya.

                                                  Ini pengantin perempuan-nya
Bersama ibu-nya

Nikah time

Sah & confirm dah... :)

Abah-nya baca surat hand-over
Mak-nya pun sedang baca surat hand-over, mak-nya nangis, kalo mama aq, mau teriak tak hingat jgk... :)

This time mereka panggil majlis "BERINAI"
Yang dilangkah bendul-nya memberi restu :)
Mereka sedang berposing
Ini mama & abah saya :)
Ni sesi "TOLL" mereka panggil
& inilah kami yang masih dok relax tak kawin lagi :)

Saya mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah... :)

Lots of love,
INTAN ZAZALINA BT AB RASID 14/03/2011 :)

Wednesday, 9 March 2011

Skim Rumah Pertama

Tadi ketika saya on the way ke opis, saya layan Hot.FM, isu yang diutarakan adalah Rumahku adalah .... (sila sambung sendiri...). Isu yang diutarakan adalah berkaitan dengan skim yang ditawarkan oleh kerajaan bagi golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah, berpendapatan RM3,000.00 kebawah & ingin memiliki rumah yang pertama. Kira-kira 25 buah bank tempatan menawarkan pinjaman 100% kepada golongan muda seperti saya untuk membeli rumah berharga diantara RM100,000.00 - RM220,00.00. Deposit sebanyak 10% yang biasanya diperlukan untuk membuat sebarang pinjaman tidak perlu dibayar & digantikan dengan jaminan dari kerajaan. Wahhhh... ini sudah bagus, kurang-kurang tak lar kita golongan muda, tambah lagi yang jauh diperantauan juga seperti saya ni memberi bantuan kepada tuan rumah menyelesaikan hutang rumah mereka - (ringkasan ayat : tak payah sewa rumah orang, bayar aje rumah sendiri... Tuan rumah saya sendiri pn bukan main banyak bunyi setiap awal bulan, ada-ada jer dia nk bercakap) melalui skim ni. Bagi lelaki yang masih belum mendirikan masjid, skim ini adalah sesuatu yang baik untuk mereka memandangkan memang tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan makan, pakai & tempat tinggal kepada keluarga. Untuk mengetahui perkembangan lanjut sila search "Skim Rumah Pertamaku" di internet yer. Mudah-mudahan makin ramai golongan muda mampu memiliki aset sendiri, bangga oooo ada aset sendiri :)

Lots of love,
INTAN ZAZALINA BT AB RASID 09/03/2011

Tuesday, 8 March 2011

Just starting to be a blogger :)

Hi there,

Nama penuh Intan Zazalina bt Ab Rasid, dilahirkan di Pulau Pinang pada 13/12/1986, kira-kira da berumur 25 tahun lar sekarang. Merupakan anak ke-4 kepada pasangan En Ab Rasid b Hashim & Pn Salmiah bt Daud - (they're such a lovely parents actully). Dibesarkan hampir di merata ceruk Malaysia memandangkan abah saya seorang tentera dahulu kala, kini pabila sudah pencen, mereka kembali menetap di kg halaman yang saya agak kurang pasti kg siapakah itu? hingga kini masih belum pasti & biarkan ajelah benda itu menjadi tak pasti. :) Untuk pengetahuan umum, saya seorang yg gemar bercakap hinggakan ramai memberi pandangan sepatutnya saya menjadi seorg lawyer bukan account executive seperti sekarang memandangkan saya seorang yang terlebih peramah tapi pada manusia yang selected aje, saya tak sebegitu pada semua orang. Saya juga seorang yg gemar berfikir, hingga kadang-kadang tak boleh nk fikir lagi dah, ntah apa lar yang saya fikir sangat pun tak tau lar. Telah bertunang dengan pilihan hati saya, Ady b Adnan, merupakan insan dari selatan tanahair - (utara-selatan ko, jgn main2, nk balik kg setiap kali raya memang meleleh lar airmata, tp tetap bahagia) pd 06/11/2010 bersamaan hari Deepavali that day i remember :) banyak-banyak hari, hari Deepavali jugak menjadi pilihan hati. & kami masih berusaha untuk bersatu & menunaikan hajat kedua belah pihak keluarga.

Sekian dahulu entry pertama saya.

Lots of love,
INTAN ZAZALINA BT AB RASID 08/03/2011