Search This Blog

Saturday, 7 May 2011

HAPPY MOTHER'S DAY & HAPPY BIRTHDAY

Hye all,

Selamat pagi, good morning... (sama aje maksudnya...),

Di pagi hari yang indah ini, hati saya sungguh syahdu sebab esok adalah MOTHER'S DAY merangkap BIRTHDAY untuk bakal ibu mertua saya...

Pertama sekali,
Nak saya meng"impress"kan rasa sayang saya pada MAMA saya, PN SALMIAH BT DAUD. Saya sayang dia lebih dari segala yang saya ada. Dulu masa saya muda remaja, macam-macam jenis perangai saya buat sampai naik pening kepala dia & sekarang setelah saya makin menginjak usia baru saya memahami apa maksudnya pengorbanan seorang IBU (even i'm not yet a mother...) :). Tak ternilai dengan kata-kata. Penat lelah dia melahirkan saya, membesarkan saya, cari duit siang malam nak bagi makan saya (sebab saya tak keluar dari perut bumi & terus besar...) & saya adalah manusia PALING TAK GUNA kalau tak dapat membalas walaupun sedikit jasa dia yang tak mungkin saya mampu balas hingga akhir hayat. Kalau cerita tentang pengorbanan. teringat saya pada ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah semalam (saya dengar di Suria.FM), menurut katanya, walaupun ibu bapa kita seorang jutawan & kita ibarat menjalani kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hulurlah sedikit wang tanda kita menghargai pengorbanan mereka, BUKAN WANG YANG JADI UKURAN, tetapi tanda ingatan pada pengorbanan mereka. Curahan kasih sayang sangat penting, ibubapa hanya mengharapkan kasih sayang dari anak-anak, entah esok, entah lusa, mereka akan tinggalkan kita sebab mereka "TIDAK MENONGKAT LANGIT". Lepas tu sampai pula time kita, kita pula akan mengambil tempat mereka, menjadi ibubapa, mempunyai anak-anak yang dah mempunyai keluarga & kehidupan sendiri & kita akan nikmati kehidupan yang indah di hari tua kita sekiranya kita memberi kehidupan yang indah di hari tua ibubapa kita. Saya sangat percaya pada Qada' & Qadar dari Allah Taala. Setiap perbuatan ada balasan, baik kita buat maka baiklah balasan kita, buruk kita buat, maka buruklah balasannya. Tepuk dada tanya selera. Hidup hanya sementara, ketika masih ada, sayangilah mereka sepenuh hati kita, bila dah tiada, titipkanlah doa buat mereka dalam doa kita (jangan pegi teriak kat kubur mereka yer...) :) Setiap apa yang berlaku diatas muka bumi Allah Taala ini adalah dengan izin dari-NYA & Allah Taala menyayangi semua umat-NYA dengan memberi rezeki & kemakmuran hidup, jadi berkongsilah sesama insan tak kira keluarga mahupun orang yang memerlukan (setiap kali tengok rancangan BERSAMAMU, setiap kali itulah saya akan teriak sebab sedih sangaT tengok kehidupan mereka, saya bersyukur kehidupan saya sempurna, ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH...). Sayangilah ibubapa anda selagi hayat masih ada, bila dah tiada jangan dikesali apa yang tak sempat kita korbankan. Saya melihat pada permasalahan dalam keluarga & lebih senang nak faham konflik dalam keluarga, pada saya kehidupan ini mudah kalau kita pentingkan kebajikan ibubapa & tanggungjawab seorang anak pada ibubapanya. Tiada istilah ego pada ibubapa, tiada istilah ibubapa itu salah & tiada istilah ibubapa kena sujud pada anak-anak, kita manusia & memegang status anak, serahkan saja semuanya pada Allah Taala untuk menilai & menghukum. Bukan kerja kita nak menilai & menghukum orang lain lebih-lebih lagi ibubapa. Allah Taala saja yang LAYAK. Tolak ketepi semua perasaan demi kasih & sayang pada ibubapa, INSYAALLAH ada balasan baik buat kita, kalau tak diberi masa muda, ia bakal dinikmati di hari tua... WALLAHUALAM.

Saya titipkan doa buat kedua ibubapa, moga kita beroleh ganjaran dari-NYA...

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... (CREDIT TO : HALAQAH.NET)

Bismillah hirrahman nirrahim
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."

& peringkat seterusnya adalah,
HAPPY MOTHER'S DAY & HAPPY BIRTHDAY buat PN LAHSIAH BT KASSAN. Bakal IBU MERTUA ku... Saya sangat kagum melihat pengorbanan mak mentua saya ni. Tunang saya dilahirkan dalam keluarga yang besar, dia mempunyai 13 orang adik beradik, tapi ibubapanya mampu membesarkan mereka semua 13 beradik. Mereka bukanlah dari keluarga yang berada, tapi 1 yang sangat-sangat saya kagum, mereka tak pernah tolak ke tepi Qada' & Qadar Allah Taala. Mereka percaya akan ada rezeki untuk setiap anak-anak itu & kehidupan mereka sempurna juga walaupun bukanlah kaya raya. Tapi mereka tetap bersyukur saya tengok. Bertuah ibubapanya kerana mereka mempunyai anak-anak yang sangat menyayangi mereka, selalu balik menjenguk mereka, ambil berat tentang kebajikan mereka, keperluan mereka & bukan selected anak aje macam tu, tapi sesungguhnya SEMUA 13 BERADIK itu sangat sayangkan ibubapa mereka & berkorban apa saja untuk mereka. Sebut apa saja, mesti ramai yang hulurkan tangan membantu. Bahagianya kehidupan ibubapanya. & saya mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa mertua saya. Sesungguhnya setelah hampir 3 tahun mengenali keluarga mertua saya, saya kagum, mereka berjaya mendidik anak-anak mereka & anak-anak mereka juga akan menikmati kehidupan yang indah di hari tua nanti, INSYAALLAH...

Lots of love,
Miss yang sayang sangat kat MAMA & MAK 07/05/2011