Search This Blog

Thursday, 25 August 2011

Hati Bunga-Bunga...

Assalamualikumwarahmatullahhiwabarakatuh....

Dengan penuh kesyukuran & kegembiraan... Saya mengumumkan, SAYA HAPPY HARI INI.

Terima Kasih Allah,
Atas segala kegembiraan yang dikurniakan buat saya.
Terima Kasih Allah,
Atas segala kesedihan yang saya lalui.
Terima Kasih Allah,
Atas segala pengalaman yang diberikan sepanjang 25 tahun saya menumpang di bumi ini.
Terima Kasih Allah,
Kerana menganugerahkan ibu bapa & keluarga yang sangat memahami.
Terima Kasih Allah,
Kerana memberi saya sedikit kekuatan untuk mengharungi setiap ujian & musibah.
Terima Kasih Allah,
Kerana mengurniakan saya senyuman setelah tangisan saya mencurah menyembah bumi.
Terima Kasih Allah,
Kerana menguatkan iman saya sebagai seorang Muslim.
Terima Kasih Allah,
Kerana memberi kesempatan kepada saya untuk melihat mana kaca mana permata.
Terima Kasih Allah,
Kerana memurahkan rezeki saya untuk meneruskan kehidupan.
Terima Kasih Allah,
Atas segalanya... Alhamdullillah... Aku bersyukur ke hadrat mu.

& Sesungguhnya,
Saya masih mengharapkan sinar...
Semoga,
Diampunkan dosa-dosa saya.
Semoga,
Dipanjangkan usia ibu bapa saya.
Semoga,
Dikurniakan rezeki yang murah buat kami sekeluarga.
Semoga,
Dijauhkan dari bala bencana.
Semoga,
Dilindungi setiap perjalanan kami hendaknya.
Semoga,
Dikurniakan iman yang teguh buat semua.
Semoga,
Dipermudahkan jodoh buat saya & dia.
Semoga,
Semua hati memahami kami hendaknya.
Semoga,
Semuanya akan hidup aman bahagia.

InsyaAllah...

LOTS OF LOVE,
Ms Hati Bunga-Bunga 25/08/2011



Tuesday, 23 August 2011

Saya Patah Hati :(

Hye all....

Entry hari ini adalah entry yang beremosi ok... Emosi saya sangat tidak stabil... Dengan penuh kesedihan & sebak didada, saya ingin mengumumkan, saya sudah tenggelam punca, saya hanya harapkan keajaiban dari Allah SWT sahaja saat ini.

Bercinta,
Yer, cinta pertama saya berakhir kira-kira 3 tahun lalu... Itu cinta pertama saya yang ajar saya apa itu cinta & cinta itu juga yang membunuh seluruh jiwa & hati saya. Hampir 5 tahun lamanya hidup disulami bunga-bunga, tiba-tiba Allah SWT nak menguji sejauh mana kekuatan iman saya agaknya, diambilnya cinta pertama saya & diserahkan pada orang lain & saya tidak mampu melawan takdir, ITU JODOH MEREKA... Saya pasrah walaupun sebulan lamanya saya hampir gila, putus asa, meroyan mcm orang tak ada iman... Sebab apa? Sebab dia cinta pertama saya. Akan tetapi, Allah SWT itu tidak kejam, Dia tau saya dah kecewa separuh nyawa, dia gantikan saya dengan yang lebih baik... (AGAKNYA lar kot.....). Saya bertemu dengan cinta kedua saya kira-kira 3 tahun yang lalu lar, sesudah saya pulih dari meroyan yang agak lama. Sungguh saya sangat bahagia hidup bersamanya... Dia hadir dalam hidup saya saat saya betul-betul perlukan sesorang untuk memberi sokongan, saya masih putus asa ketika itu dan ada juga beberapa rakan yang setia meneman saya, memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya, TERIMA KASIH, SEMUA... Ketika saya berjumpa dengan cinta kedua saya, saya di Penang, dia di KL... Kami berjumpa cuma sebulan sekali saja, bila dia dah nak balik, sedih tak terkata, bukan kepalang menangis tak hingat dunia... Sebab sedih nak berpisah, entah umur panjang lagi atau tidak untuk bertemu lagi bulan berikutnya... Ya, Allah Maha Kuasa, 3 tahun dah berlalu, 2 tahun yang membahagiakan, 1 tahun yang tidak dijangka... Allah nak menguji saya lagi. Selepas saya....

Bertunang,
Sesungguhnya bukan mudah untuk bertunang dan menjadi tunangan orang... Sangat susah... Bukannya sedap bawak tittle itu... Benar kata orang tua-tua, bertunang jangan lama-lama, darah manis macam-macam dugaan datang nanti. Yer, saya sedang mengalaminya... Saya akuinya, inilah kali pertama dan kali terakhir saya BERTUNANG, sebab seandainya Allah tetap mahu menguji saya lagi, saya redha, ini takdir saya dan saya tak mungkin akan bertunang mahupun pegang tittle tunangan orang lagi. Saya trauma, saya serik dengan dugaan. Bukan tidak percaya pada Qada' & Qadar, tapi seandainya perpisahan berlaku lagi, saya akan membujang hingga trauma saya hilang... Saya memang surrender sangat-sangat dalam hal cinta nie... Namun saya tak mampu nak nafikan, cinta kedua saya yang bawak segala sinar dalam hidup saya. Bersama dia saya jalan pusing Malaysia, walaupun kami nie tidaklah semewah orang lain, pusing Malaysia pun mampu bawak duit beribu dalam poket, tapi kami tetap gembira walaupun beratus saja yang ada pun. Alhamdullilah, selamat jugak pergi & balik. Dengan cinta kedua juga saya mula berkereta... Kereta kecil warna silver, Alhamdullilah walaupun kecil tetap mampu bawa saya ke sana sini, balik kampung, pegi keje, pegi beli makanan, pegi melepak kat workshop, pegi jumpa doc, pegi beli barang kt Mydin, pegi ambil mama kat hospital, semuanya kereta kecil itu lar yang bawa. Terima kasih tak terhingga, VIVA FOREVER...

Akan tetapi,
Walaupun saya sangat putus asa dengan hubungan saya, hari-hari saya bertanya, kenapa kami diuji begini, saya masih menaruh harapan semoga semuanya selamat & baik-baik saja. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak orang yang bertunang, darah manis, angin cepat naik, benda kecik jadi besar, benda besar berganda-ganda lar besar, hidup main perang-perang, orang tu serang orang nie, orang nie serang orang tu, orang ni hantar bom bagi orang tu meletup, pastu orang tu pulak hantar bom bagi orang nie meletup. Tapi itulah hakikat yang orang bertunang kena terima, tak semuanya berjaya melalui alam pertunangan itu. & saya berdoa saya berjaya melaluinya dengan tabah sebab saya sayangkan dia lebih dari segala yang saya ada...

LOTS OF LOVE,
Gadis Patah Hati... 23/08/2011