Search This Blog

Thursday, 25 August 2011

Hati Bunga-Bunga...

Assalamualikumwarahmatullahhiwabarakatuh....

Dengan penuh kesyukuran & kegembiraan... Saya mengumumkan, SAYA HAPPY HARI INI.

Terima Kasih Allah,
Atas segala kegembiraan yang dikurniakan buat saya.
Terima Kasih Allah,
Atas segala kesedihan yang saya lalui.
Terima Kasih Allah,
Atas segala pengalaman yang diberikan sepanjang 25 tahun saya menumpang di bumi ini.
Terima Kasih Allah,
Kerana menganugerahkan ibu bapa & keluarga yang sangat memahami.
Terima Kasih Allah,
Kerana memberi saya sedikit kekuatan untuk mengharungi setiap ujian & musibah.
Terima Kasih Allah,
Kerana mengurniakan saya senyuman setelah tangisan saya mencurah menyembah bumi.
Terima Kasih Allah,
Kerana menguatkan iman saya sebagai seorang Muslim.
Terima Kasih Allah,
Kerana memberi kesempatan kepada saya untuk melihat mana kaca mana permata.
Terima Kasih Allah,
Kerana memurahkan rezeki saya untuk meneruskan kehidupan.
Terima Kasih Allah,
Atas segalanya... Alhamdullillah... Aku bersyukur ke hadrat mu.

& Sesungguhnya,
Saya masih mengharapkan sinar...
Semoga,
Diampunkan dosa-dosa saya.
Semoga,
Dipanjangkan usia ibu bapa saya.
Semoga,
Dikurniakan rezeki yang murah buat kami sekeluarga.
Semoga,
Dijauhkan dari bala bencana.
Semoga,
Dilindungi setiap perjalanan kami hendaknya.
Semoga,
Dikurniakan iman yang teguh buat semua.
Semoga,
Dipermudahkan jodoh buat saya & dia.
Semoga,
Semua hati memahami kami hendaknya.
Semoga,
Semuanya akan hidup aman bahagia.

InsyaAllah...

LOTS OF LOVE,
Ms Hati Bunga-Bunga 25/08/2011



No comments:

Post a Comment